Produk e-info SSM
SSM e-info
Perkhidmatan yang membenarkan orang ramai mendapatkan profil syarikat seperti nombor syarikat, nombor pendaftaran syarikat, check digit, nama lama dan tarikh perubahan nama,status, ringkasan penyata kewangan, namma pengarah dan lain-lain maklumat asas.
Selain itu juga, orang ramai boleh juga mendapatkan maklumat perniagaan seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran dan ‘check digit’, jenis milikan: milik tunggal/ perkongsian, alamat perniagaan,tarikh mula berniaga, tarikh tamat pendaftaran dan lain-lain maklumat asas.
Contoh cetakan maklumat:
SSM e-info mobile
(SMS) - membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkenaan status syarikat, nama dan nombor pendaftaran melalui telefon bimbit dengan menghantar SMS ke 32202
(WAP) - merupakan perkhidmatan maklumat secara online dengan menggunakan telefon bimbit.Maklumat yang dibeli akan dihantar melalui SMS dan pada masa yang sama akan dihantar melalui e-mail pembeli dalam format PDF
SSM e-info gadaian
- Bekalan maklumat gadaian syarikat secara online. Maklumat yang dibekalkan ialah :
- Nama syarikat
- Nombor pendaftaran syarikat
- Nombor gadaian
- Nama pemegang gadaian
- Status gadaian
- Alamat pemegang gadaian
- Keterangan mengenai hartanah
- Tarikh sijil gadaian
- Jenis gadaian
- Jumlah pinjaman
- Tarikh gadaian
SSM e-info CID
- Membolehkan orang ramai untuk mendapatkan data maklumat korporat bagi syarikat/perniagaan secara pukal
- Maklumat akan diberi di dalam bentuk XML secara automatik
Klik untuk belian maklumat e-Info
|