English Version
 

powered by FreeFind
 

A-|A+

Site Map | FAQ Carian Nama/E-INFO | Hubungi Kami E-Aduan
 
Operasi
Perkhidmatan Pendaftaran  
Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan  

Polisi dan Pembangunan Korporat

 
Operasi Pejabat Negeri  
Perkhidmatan
Sumber Korporat  
Teknologi Maklumat dan Komunikasi  
Perhubungan Awam  
Penguatkuasaan
Pematuhan  
Siasatan  
Perkhidmatan Perundangan  
Seksyen Aduan  
 
Audit Dalam  
COMTRAC  
 
Perkhidmatan Pendaftaran
Bahagian ini bertanggungjawab untuk mewujudkan proses pendaftaran syarikat dan perniagaan yang teratur dan berkesan di samping melaksanakan urusan pendaftaran selaras dengan peruntukan akta-akta dan peraturan yang ditadbir. Pada masa yang sama Bahagian ini berperanan memastikan pengemaskinian maklumat korporat dibuat dengan tepat dan menepati piagam pelanggan yang ditetapkan.

Seksyen Pendaftaran Syarikat

  • Carian Nama Syarikat.
  • Penubuhan Syarikat.
  • Dokumen Am.
  • Pendaftaran Gadaian.

Seksyen Pendaftaran Perniagaan

  • Pendaftaran Perniagaan Baru
    1. Mendaftarkan perniagaan milikan tunggal atau perkongsian
    2. Menggunakan nama sendiri seperti dalam kad pengenalan atau menggunakan nama ‘tred’
  • Pendaftaran Perubahan Maklumat Perniagaan
    Mendaftarkan perubahan alamat utama perniagaan. jenis perniagaan dijalankan, penambahan atau penutupan cawangan dan perubahan maklumat pemilik.
  • Pembaharuan Perakuan Pendaftaran perniagaan
  • Pendaftaran Penamatan Perniagaan

Seksyen Skim Kepentingan

  • Memastikan pemegang-pemegang skim kepentingan mendapat hak mengguna sepertimana yang dijanjikan dalam surat ikatan amanah.
  • Memastikan operator-operator skim kepentingan mematuhi peruntukan Bahagian 5 Penggal IV Akta Syarikat 1965 dan Garis panduan Polisi dan Kehendak-Kehendak Bagi Skim-Skim Kepentingan.
    POLICY GUIDELINES AND REQUIREMENTS FOR TIMESHARING ARRANGEMENTS
    POLICY GUIDELINES AND REQUIREMENTS FOR SALES OF CLUB MEMBERSHIPS
  • Memastikan pemegang-pemegang amanah menjalankan tanggungjawab mereka melindungi kepentingan pemegang-pemegang skim kepentingan.
  • Memastikan industri skim kepentingan boleh mengawalselia sendiri, mewujudkan amalan terbaik dan menghasilkan industri beretika.

Seksyen Pengurusan Tadbir Korporat

 

Menyelenggarakan dan mengawas pemerbadanan Akta Syarikat 1965 bagi permohonan Syarikat Berhad Menurut Jaminan (SBMJ) dengan mendapat kelulusan Menteri.

  • Pemerbadanan syarikat di bawah Seksyen 24(1) Akta Syarikat 1965.
  • Pemilikan dan pelepasan tanah di bawah Seksyen 19(2) Akta Syarikat 1965.
  • Menggugurkan perkataan ‘Berhad’ di bawah Seksyen 24(2) Akta Syarikat 1965.
  • Pelantikan pengarah/pemegang amanah di bawah syarat lesen Seksyen 24(3) Akta Syarikat 1965.
  • Meminda Memorandum dan Artikel syarikat di bawah Seksyen 24(4) Akta Syarikat 1965.
  • Kutipan derma di bawah syarat lesen seksyen 24(3) Akta Syarikat 1965.
  • Lain-lain permohonan di bawah Seksyen 24 Akta Syarikat 1965.
  • Menyemak Memorandum dan Artikel SBMJ Biasa (Dengan perkataan ‘Berhad’ di hujung nama).
  • Mengawalselia SBMJ yang telah diperbadankan dan memastikan peruntukan Akta Syarikat dan syarat-syarat lesen dipatuhi.
  • Melaksanakan dasar dan garis panduan.

Menyelenggarakan permohonan korporat

  • Memproses permohonan lanjutan masa di bawah Seksyen 143(2) dan Seksyen 169(2) Akta Syarikat 1965.
  • Memproses permohonan pengecualian di bawah Seksyen 169A dan 336(5) Akta Syarikat 1965.
  • Memproses permohonan kelulusan di bawah Seksyen 168(3) Akta Syarikat 1965 berkaitan dengan perbezaan tahun kewangan di antara anak syarikat dengan syarikat induk.
  • Memproses permohonan pelantikan proksi di bawah Seksyen 149(1)(b).
  • Mengendalikan propektus yang diserahsimpan di bawah Seksyen 36A(4) Akta Syarikat 1965 berhubung terbitan dan tawaran sekuriti.
  • Mengendalikan laporan suku tahunan dan laporan kewangan di bawah Seksyen 36A(7) / Seksyen 80 Akta Syarikat 1965.
  • Merekod perintah perlindungan dan skim penyatuan di bawah Seksyen 176 Akta Syarikat 1965.

Pendaftaran di bawah Akta Syarikat Amanah 1949

  • Menyelenggarakan pendaftaran syarikat amanah.
  • Memproses permohonan pendaftaran syarikat amanah.
  • Menyelenggarakan temuduga bagi pelantikan pengarah/ketua pegawai eksekutif syarikat amanah.
  • Menyediakan laporan temuduga untuk kelulusan pengarah dan ketua pegawai eksekutif.

Seksyen Insolvensi

  • Mengendalikan hal-hal berhubung dengan penggulungan syarikat, pembatalan nama syarikat dan Daftar dan pengurusan aset syarikat defunct.
  • Menyimpan rekod syarikat-syarikat yang di dalam proses pembubaran oleh mahkamah dan pembubaran secara sukarela.
  • Memastikan pematuhan Akta Syarikat 1965 yang berkaitan dengan penggulingan dan pembubaran syarikat.
  • Pembatalan nama syarikat dari daftar di bawah seksyen 308 Akta Syarikat 1965.
    1. Pendaftar mempunyai kuasa membatal nama syarikat dari Daftar jika dia mempercayai syarikat tidak menjalankan perniagaan atau tidak beroperasi.
    2. Memproses permohonan pembatalan nama syarikat dari Daftar.
  • Pengurusan Aset.
    • Mendaftar dan merekod harta-harta yang tertakluk kepada Pendaftar Syarikat di bawah Seksyen 310 Akta Syarikat 1965.