English Version
 

powered by FreeFind
 

A-|A+

Site Map | FAQ Carian Nama/E-INFO | Hubungi Kami E-Aduan
 
 
Visi
Teras Strategik
Nilai-nilai Korporat
Fungsi & Kuasa
Anggota Suruhanjaya
Struktur Organisasi
 
 

Berkelulusan ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sosiologi, Datuk Mohd Zain memulakan kerjayanya dalam bidang Pentadbiran dan Korp Diplomatik Kerajaan Malaysia pada tahun 1976. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Penolong Setiausaha dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perdagangan Antarabangsa, Penolong Wakil Tetap Malaysia di Geneva dan juga Timbalan Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Geneva (Bahagian Perdagangan Antarabangsa). Selain itu, jawatan penting lain yang turut dipegang beliau termasuklah menjadi Penasihat Menteri bagi Hal Ehwal Ekonomi di Pejabat Wakil Tetap Malaysia kepada Kesatuan Eropah (EU), Brussels dan Pejabat Wakil Tetap ke Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Geneva. Beliau merupakan Perunding Utama Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (FTA), FTA Malaysia-New Zealand dan juga FTA ASEAN-Australia-New Zealand pada tahun 2005 dan 2006.

 

Datuk Mohd Zain telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 6 Februari 2007 dan sebagai Pengerusi SSM pada 1 Mac 2007. Beliau juga turut dilantik sebagai anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sejak Januari 2008.
 
 

Tuan Mohd Naim Daruwish berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang Undang (Kepujian) daripada Universiti Malaya. Kerjaya beliau bermula pada        April 1984 sebagai Pegawai Undang-Undang di Bank Pertanian Malaysia sebelum dilantik sebagai Majistret dan seterusnya sebagai Majistret Kanan.

 

Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Pengurus dan seterusnya sebagai Pengurus Kanan Bahagian Pendakwaan/Litigasi, Jabatan Undang-Undang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kuala Lumpur. Antara jawatan yang pernah disandang beliau di KWSP ialah sebagai Pengurus Besar Jabatan Penguatkuasaan, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Undang-Undang dan Pengurus Besar Kanan Jabatan Caruman.

 

 
 

Datuk Idrus telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya pada April 2002. Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1980 dan selepas itu telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan penting termasuk Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Badan Pencegah Rasuah dan Penasihat Undang-Undang Suruhanjaya Pilihanraya. Beliau merupakan Pendaftar Syarikat pada tahun 1998 sehingga 2002. Beliau meneruskan perkhidmatannya di Jabatan Peguam Negara sebagai Ketua Bahagian Penasihat dan Antarabangsa dan sebagai Penggubal Undang-Undang Parlimen sebelum memegang jawatan terkini sebagai Peguamcara Negara. Datuk Idrus juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA), Suruhanjaya Sekuriti dan Jawatankuasa Pelaburan Asing. Pada masa ini, beliau merupakan Ahli Lembaga Kerjasama Malaysia-Thailand (MTJA) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

 
 

Datuk Idris telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya berkuatkuasa 16 April 2007. Beliau memiliki Ijazah Undang-Undang (Kepujian) Kelas Pertama daripada Universiti Malaya dan memulakan kerjaya beliau sebagai peguam di Ting and Company Advocates di Sibu, Sarawak pada tahun 1981. Di antara tahun 1982 dan 1985, beliau berkhidmat sebagai penasihat undang-undang dalaman kepada sekumpulan syarikat yang mempunyai pelbagai kepentingan dalam pembangunan hartanah, penebangan dan pemprosesan balak, perniagaan hiburan dan hospitaliti, perniagaan borong dan perdagangan runcit. Datuk Idris merupakan rakan kongsi kanan bagi Idris and Company Advocates. Beliau turut memegang beberapa jawatan penting di Malaysia dan Singapura seperti anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Pengerusi/Pengarah Magnus Energy Group Ltd (tersenarai di SESDAQ, Singapura) dan Pengerusi/Pengarah Industrial Power Technology Pte Ltd.

 

Dalam mengiktiraf pengalaman luasnya dalam industri yang beliau ceburi, beberapa syarikat berpangkalan di Sarawak telah mengambil khidmat Datuk Idris sebagai penasihat dalam industri pembinaan dan dagangan enjin, serta kelab-kelab rekreasi, dan sektor-sektor pendidikan.
 
 

Puan Zaiton telah berkhidmat sebagai Anggota Suruhanjaya sejak Disember 2003. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai juruaudit di Pricewaterhouse (PricewaterhouseCoopers) sebelum menyertai Bank Pembangunan (M) Berhad. Beliau kemudiannya berkhidmat di Maybank selama 12 tahun sebelum menjadi Presiden di Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) mulai tahun 1996 sehingga 2004. Pada masa ini, Puan Zaiton merupakan Pengarah Urusan Capital Intelligence Advisors Sdn. Bhd. Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengarah Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad, BIMB Holdings Bhd., Bank Islam Malaysia Berhad dan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF).

 
 

YB Datuk Hj. Sapawi telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya berkuatkuasa pada 20 Julai 2009. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Sejarah) (Kepujian) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebelum penglibatan dalam bidang politik, Datuk Hj. Sapawi telah berkhidmat dalam bidang pendidikan selama hampir 20 tahun sebelum dilantik sebagai Pengarah Biro Tatanegara (Cawangan Sabah). Beliau juga merupakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah serta Pengerusi Majlis Bahasa dan Sastera Sabah. Datuk Hj. Sapawi merupakan Ahli Parlimen Sipitang, Ketua UMNO Sipitang, serta Ketua Penerangan UMNO Negeri Sabah.

 

 
 

 

Datin Rozaina telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya pada 25 Ogos 2009. Beliau memulakan kerjayanya di dalam perkhidmatan awam di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada tahun 1981 dan seterusnya berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Awam. Datin Rozaina kini merupakan Pemangku Timbalan Setiausaha Bahagian Dasar Saraan, Wang Awam dan Khidmat Pengurusan di Kementerian Kewangan Malaysia.

 
 

 

Dr. Aishah telah dilantik sebagai Anggota Suruhanjaya mulai 1 Januari 2011. Beliau adalah seorang Profesor Undang-Undang Korporat dan Insolvensi dan sekarang ini merupakan Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Bidang pengkhususan beliau adalah undang-undang syarikat dan kewangan korporat, regulasi sekuriti, bankrupsi dan insolvensi. Beliau mula mengajar undang-undang syarikat dan perkongsian bermula pada tahun 1989, dan antara bidang lain yang menjadi tumpuan beliau adalah regulasi alam sekitar dan korporat. Dr. Aishah banyak menghasilkan penulisan untuk pelbagai jurnal akademik terbitan Malaysia dan Britain tentang undang-undang syarikat, sekuriti dan insolvensi. Dr. Aishah menerima ijazah sarjana muda LLB (Hons) daripada universiti Malaya, ijazah Sarjana Undang-undang daripada University of Kent dan ijazah kedoktoran falsafah Undang-undang daripada University of London. Dr. Aishah pernah menjadi ahli Malaysian Corporate Law Reform Committee (CLRC). Beliau adalah Penasihat Undang-undang UKM Holdings, yang merupakan cabang korporat Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga merupakan Pengerusi Advisory Panel of COMTRAC (Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia), Anggota Panel Penasihat MLTIC (Malaysian Legal and Tax Information Centre), anggota Lembaga Pengarah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dah ahli Lembaga Penasihat Harta Intelek UKM.